Lompat ke kandungan utama
KLINIK HAZCARE
DOSIER · KLINIK · NO. 2026/05
Disusun 29 Mei 2026 · Temerloh, Pahang
▪001 / 017

Klinik Hazcare

Klinik di Temerloh sejak 5 Januari 2023, dengan lima tonggak: kesihatan harian, kesihatan pekerjaan, kesihatan mental, latihan HRDCorp dan penyelesaian digital.

Pengamal
Dr Zafri · OHD JKKP
Alamat
Temerloh, Pahang
Waktu
Isnin – Sabtu · 8.30am – 10.30pm
Hubungi
019-826 2126
Lokasi
NESWTEMERLOHPAHANG · MY
Temerloh, Pahang Tengah
3.4525° N · 102.4234° E
Tiga papan tanda · Lima tonggak
Selayang pandang
2023
Ditubuhkan
5
Tonggak
4+
Doktor
10+
Panel syarikat
Kaunter pendaftaran Klinik Hazcare — kaunter konkrit dengan lampu LED hangat di bawah dan papan tanda KLINIK HAZCARE di belakang.
PENDAFTARAN · KLINIK HAZCARE · 2026
Fig. 01Pendaftaran Klinik Hazcare, Temerloh. Concrete countertop dengan warm LED underglow — signature ruang utama klinik.
Subjek
“Penjagaan kesihatan yang klinikal, tertib, dan boleh dipertanggungjawabkan — untuk individu, keluarga, dan organisasi di Pahang Tengah.”
Pendaftaran
No. JKKP HQ/15/DOC/00-390No. Klinik KKM 230608-11870-11No. PDPA UC-SB02102024-07937
Hari ini
Dr Zafri bertugas·Slot terdekat 14:20·Buka sehingga 22:30
▪ 1 · MS. 02
Tonggak Pertama

Kesihatan Umum

Mod
Walk-in
Doktor
Dr Zafri, Dr Hana, Dr Nadia
Caj
RM-mengikut skema
Panel
10+ syarikat

Pemeriksaan harian untuk GP, penyakit kronik, pemeriksaan kesihatan menyeluruh (MCU), antenatal, dan vaksin — dikendalikan oleh doktor berdaftar dengan MMC.

Klinik Hazcare dibuka Isnin hingga Sabtu, dari 8.30 pagi hingga 10.30 malam. Walk-in tidak memerlukan temujanji. Untuk pemeriksaan menyeluruh (MCU), sila hubungi kami terlebih dahulu untuk slot khusus.

Panel pekerja diuruskan secara langsung dengan HR organisasi anda. Lihat Kesihatan Pekerjaan untuk surveillance perubatan, penilaian fitness to work, audiometri, dan spirometri.

Bilik konsultasi am di Klinik Hazcare — meja kayu, kerusi kulit, monitor di belakang.
BILIK KONSULTASI · ▪ 1
Fig. 02 —Bilik konsultasi GP. Meja kayu, kerusi kulit, monitor diagnostik.
▪ 2 · MS. 05
Tonggak Kedua

Kesihatan Pekerjaan

Mod
Pertanyaan korporat
Doktor
Dr Zafri (OHD JKKP)
Skop
Pahang + sekitar
Pendaftaran
JKKP HQ/15/DOC/00-390

Surveillance perubatan untuk pekerja terdedah kepada bahaya — kebisingan, kimia, psikososial, dan ergonomik — dikendalikan oleh doktor OHD berdaftar JKKP.

Termasuk pemeriksaan pra-pekerjaan, audiometri, spirometri, penilaian ergonomik, dan pelaporan rasmi kepada JKKP. Boleh dijalankan di klinik atau di tapak organisasi anda.

Booth audiometri kalis bunyi dengan juruteknik di luar dan subjek di dalam booth memakai fon kepala.
AUDIOMETRI · ▪ 2
Fig. 03 —Audiometri dalam booth kalis bunyi — surveillance pendengaran tahunan untuk pekerja terdedah kepada kebisingan industri.
Pertanyaan korporat →
▪ 3 · MS. 08
Tonggak Ketiga

Kesihatan Mental

Mod
WhatsApp + panggilan
Pengamal
Doktor kesihatan mental & kaunselor
Durasi
50 minit / sesi
Privasi
PDPA-strict

Tiada paksaan untuk berkongsi semua perkara pada sesi pertama. Anda boleh datang hanya untuk berkenalan dengan kaunselor dahulu — dan tentukan langkah seterusnya pada masa anda sendiri.

Bilik kaunseling Klinik Minda Hazcare — sofa chesterfield kelabu, meja kayu, lantai dengan corak hangat, lampu lembut.
BILIK KAUNSELING · KLINIK MINDA
Fig. 04 —Sebuah bilik — bukan sebuah klinik. Sofa, lampu lembut, dan ruang untuk berkata atau berdiam diri.

Klinik Hazcare menyediakan kaunseling oleh doktor kesihatan mental dan kaunselor berdaftar untuk individu, pasangan, dan keluarga. Untuk kes yang memerlukan rawatan psikiatri, kami merujuk anda kepada pakar yang sesuai.

Bagaimana sesi berlangsung
  1. 01Hubungi kami melalui WhatsApp atau panggilan untuk mengatur sesi. Tidak perlu menerangkan masalah anda di sini.
  2. 02Pada sesi pertama (50 minit), kaunselor berkenalan dengan anda dan dengar apa yang anda mahu kongsi — tiada lebih.
  3. 03Anda yang putuskan sama ada untuk meneruskan, mengubah pendekatan, atau berhenti. Tiada komitmen panjang.
Privasi

Apa yang anda kongsi di bilik kaunseling kekal di bilik kaunseling. Kaunselor terikat dengan etika profesional dan undang-undang.

Pengecualian: risiko bunuh diri, risiko membahayakan orang lain, atau penderaan kanak-kanak. Itu undang-undang Malaysia, bukan keputusan kami.

Tidak bersedia untuk tempah?

Hantar mesej awal melalui WhatsApp tanpa menggunakan nama sebenar. Kami akan jawab dalam masa 24 jam waktu kerja.

WhatsApp tanpa nama →
▪ 4 · MS. 11
Tonggak Keempat

Latihan HRDCorp

Mod
Berkala + custom
Provider
HRDCorp
Topik
OH + AI in healthcare
Peserta
Max 25 / sesi

Latihan tersaringan HRDCorp untuk pasukan korporat — kesihatan pekerjaan, dan kecerdasan buatan (AI) dalam pentadbiran kesihatan.

Sesi dijalankan di tapak organisasi atau di klinik. Sijil HRDCorp dikeluarkan selepas selesai. Untuk katalog penuh, lihat halaman Latihan.

Lihat katalog latihan →
▪ 5 · MS. 14
Tonggak Kelima

Penyelesaian Digital

Fokus
Keselamatan dan kesihatan pekerjaan
Dibina
OSH Hazcare · My Neura
Latihan
AI dalam kesihatan · HRDCorp
Hubungi
Borang pertanyaan · WhatsApp

Hazcare membangunkan sistem digital, terutamanya untuk keselamatan dan kesihatan pekerjaan, dan membina aplikasi lain mengikut keperluan pelanggan.

Kami membina OSH Hazcare untuk kerja kesihatan pekerjaan kami sendiri, dan My Neura untuk perunding KKP, ASV. Laman web dan sistem tempahan ini juga dibina oleh Hazcare.

Lihat penyelesaian digital →
Tempah Temujanji